Kepastian Perlanggaran Andromeda–Bima Sakti

Berdasarkan data dari Teleskop Angkasa Hubble, Galaksi Bima Sakti (kanan-tengah) dan Galaksi Andromeda (kiri-tengah) dijangka akan mengganggu satu sama lain dengan tarikan pasang surut dalam tempoh 3.75 bilion tahun, seperti ditunjukkan dalam ilustrasi ini.

Galaxy Andromeda mendekati Bima Sakti pada kira-kira 110 kilometres per second (68 mi/s)[2][6] seperti yang ditunjukkan oleh anjakan biru. Walau bagaimanapun, halaju sisi sangat sukar untuk diukur dengan ketepatan untuk membuat kesimpulan yang munasabah: kelajuan sisi hanya 7.7 km/s bermakna Galaksi Andromeda bergerak ke arah satu titik yang berada 177,800 tahun cahaya ke sisi Bima Sakti ((7.7 km/s)/(110 km/s) × (2,540,000 tahun cahaya), dan kelajuan sedemikian selama lapan tahun berjumlah hanya 1/3,000 daripada piksel Teleskop Angkasa Hubble (resolusi Hubble ≈0.05 arkasaat: (7.7 km/s)/(300,000 km/s) × (8 tahun)/(2,540,000 tahun cahaya) × 180°/π × 3600 = 0.000017 arkasaat). Sehingga 2012, tidak diketahui sama ada perlanggaran itu mungkin berlaku atau tidak.[7] Pada tahun 2012, penyelidik menggunakan Hubble untuk mengesan usul bintang di Andromeda antara tahun 2002 dan 2010 dengan ketepatan sub piksel dan membuat kesimpulan bahawa perlanggaran itu adalah pasti.[1][2] Halaju tangen atau sisi Andromeda berbanding Bima Sakti didapati jauh lebih kecil daripada kelajuan pendekatan dan oleh itu dijangka ia akan berlanggar secara langsung dengan Bima Sakti dalam sekitar empat bilion tahun.

Perlanggaran sedemikian adalah agak biasa, memandangkan umur galaksi yang panjang. Sebagai contoh, Andromeda dipercayai bertembung dengan sekurang-kurangnya satu galaksi lain pada masa lalu,[8] dan beberapa galaksi kerdil seperti Sgr dSph yang sedang berlanggaran dengan Bima Sakti dan digabungkan ke dalamnya.

Kajian-kajian itu juga mencadangkan bahawa M33, Galaksi Triangulum—galaksi ketiga paling besar dan ketiga paling terang dari Kumpulan Tempatanakan turut serta dalam peristiwa perlanggaran ini juga. Nasibnya yang paling mungkin adalah mengorbit sisa penggabungan galaksi Bima Sakti dan Andromeda dan akhirnya untuk bergabung dengannya pada masa depan yang lebih jauh. Walau bagaimanapun, perlanggaran dengan Bima Sakti, sebelum ia bertembung dengan Galaksi Andromeda, atau lontaran daripada Kumpulan Tempatan tidak dapat diketepikan.[7]


Rujukan

WikiPedia: Perlanggaran Andromeda–Bima Sakti http://www.deepskyvideos.com/videos/other/andromed... http://www.msnbc.msn.com/id/16872449/ http://www.nature.com/news/andromeda-on-collision-... http://www.universetoday.com/2007/05/10/when-our-g... http://adsabs.harvard.edu/abs/1997RvMP...69..337A http://adsabs.harvard.edu/abs/2008MNRAS.386..155S http://adsabs.harvard.edu/abs/2008MNRAS.386..461C http://adsabs.harvard.edu/abs/2012ApJ...753....7S http://adsabs.harvard.edu/abs/2012ApJ...753....9V http://adsabs.harvard.edu/abs/2014ApJS..214....1U